TIPS STUDY LAST MINUTE
Hello! hehehe.. Entri Cikanna kali ini khas untuk student university yang last minute nak study untuk ambil exam.. Dulu-dulu time Cikanna masih student lagi memang last minute ja study.. Esok exam sudah, malam sebelum esok tu baru study. hahaha
Sebab time zaman study ni, banyak sangat aktiviti yang Cikanna join kat campus. Lain lagi dengan menjadi pemimpin dan juga jadi penganjur event campus, memang Cikanna susah nak cari masa study. Penat beb!
So macam mana Cikanna study last minute?
1) FOKUS DENGAN BAB YANG LECTURER MENTION AKAN KELUAR
Hari terakhir kuliah itu sangat penting! Sebab waktu itu la, Lecturer akan mention bab apa yang akan keluar bagi subjek tersebut. kalau tidak dapat hadir kuliah yang terakhir tu, rajin-rajin la tanya kawan2. Syukur Cikanna ramai kawan time study ni, boleh la minta tips banyak2 dari kawan. Kawan2 juga tidak kedekut ilmu.. hahaha Okay, jadi time study tu kan, baca ja semua bab yang lecturer mention akan keluar. Mungkin kamurang tidak faham apa yang kamurang baca tapi percayalah time jawab exam itu memang kamurang automatik akan faham.. hahaha
2) HAFAL DAN FAHAMI MAIN POINT
Okay, bila kamurang suda baca bab yang lecturer mention akan keluar, cuba hafal dan fahami main point bab tersebut. Kamurang boleh tulis nota kecil sebagai cara untuk menghafal. Ataupun baca sekuat-kuat yang boleh, jangan kisah roomate. hahahah Bila roomate tegur baru diam. haha
3) DAPATKAN TIDUR YANG SECUKUPNYA
Tidur itu sangat penting!! Cikanna ni time study memang kuat tidur. Menurut kajian, individu yang kuat tidur ni banyak gunakan otak mereka dan mereka dikategorikan individu yang pintar. Wah! Sememangnya Cikanna ni tergolong dalam golongan student pintar la kan. hahaha Tanpa tidur yang cukup, kamurang memang susah nak fokus jawab soalan time exam. So berusaha dapatkan tidur yang secukupnya di antara 6-8 jam.
4) STUDY DALAM MASA 20 MINIT SETIAP BAB
Kalau nak study tu, jangan nak dera diri sendiri. Kena bagi diri sendiri rehat juga. Jadi Cikanna kalau study memang dalam masa 20 minit lepastu Cikanna akan rehat. Cikanna akan dengar lagu, tengok youtube, tengok Facebook, tengok drama korea dan macam-macam lagi yang boleh buat otak Cikanna relax. hehehe
5) MINUM BANYAK AIR DAN MAKAN COKLAT
Hahaha. Jangan disangka coklat tu membahayakan kesihatan ja. Coklat banyak bantu Cikanna happy. Semanisnya coklat dimakan, semanis itu juga fikiran Cikanna untuk hadapi exam. hahaha Makan coklat banyak2, jangan lupa minum air kosong banyak2 juga.. Air sangat penting untuk lancarkan oxygen mengalir ke otak..
6) BERSERAH KEPADA TUHAN
Berserah kepada Tuhan maksudnya, jangan lupa berdoa sebelum study dan selepas study. Supaya apa yang kita study tu menjadi berkat juga bagi kita. hehehe Dengan berdoa juga, hati kita akan lebih tenang. Jadi bila hati tenang senangla masuk segala yang kita study dalam otak ni. Kalau sudah tau study last minute, tidak guna sudah mau stress jadi berserah saja sama Tuhan.
Demikianlah tips Cikanna untuk study last minute. Apa2 pun janganlah kamurang suka study last minute. Adalah lebih baik kalau study awal2 supaya jadi lebih puas hati time jawab exam. haha Syukurlah, dengan tips ni kan Cikanna berjaya juga dapat pointer kepala 3 keatas. hahaha
Semoga entri Cikanna kali ni bermanfaat buat adik2 yang sedang study sekarang. Yang penting study tu awal2, jangan last minute, hahaha tips ini hanya untuk mereka yang memang buntu sudah apa mau buat sebelum exam.
Cikanna doakan setiap student yang membaca entri Cikanna berjaya mendapat kecermelangan dalam akedemik mereka. AMIN.
#cikannatips
#coretancikanna
Wah tips best 😍
ReplyDeleteWau tips sangat bagus ni 😍
ReplyDeletenice!
ReplyDeleteThank you info 👍
ReplyDeleteTq tips 😍
ReplyDeleteHehehe. TQ for the tips. Since i always do last minute study.
ReplyDeleteUyohhh 😍😍
ReplyDeleteWaa 😍 tips hebat
ReplyDelete