TANDA-TANDA ANGIN DALAM BADAN
![]() |
Tanda-tanda masuk angin dalam badan |
Penyakit badan masuk angin ni sering di hidapi oleh individu tertentu. Hal ini disebabkan pola kehidupan dan pemakanan yang diamalkan tidak sihat. Contohnya, makan tidak teratur, terkena hujan, lewat mandi, bergadang dan sebagainya.
Penyakit ni tidak boleh diambil ringan sahaja kerana ia akan menyebabkan sistem imun badan kita semakin lemah sehingga pelbagai jenis penyakit senang menyerang tubuh kita. Pendek kata, 'angin' dalam badan ini merupakan toksin dan perlu disingkir dari badan kita.
Antara tanda-tanda badan masuk angin adalah;
1) Perut kembung dan terasa mual. Ini bermaksud angin sudah banyak berkumpul dibahagian usus dan jika tidak dirawat kemungkinan akan mengalami diarhae.
2) Suhu badan berubah-ubah. Individu yang merasa badan mereka masuk angin akan merasa suhu badan mereka kadang-kadang terasa panas dan kadang-kadang terasa dingin.
3) Badan merasa cepat letih dan lelah. Salah satu ciri seseorang itu mengalami badan masuk angin adalah dia sering menguap dan merasa mengantuk semasa membuat aktiviti sehariannya dan cepat berasa penat.
4) Selalu sendawa walaupun bukan kenyang atau sering kentut.
5) Kulit menjadi kering, kurang berseri dan kelihatan pucat.
6) Hilang selera makan.
7) Sering merasa badan tidak selesa.
8) Mood tidak menentu.
9) Tapak tangan dan kaki merasa sejuk walaupun dalam keadaan cuaca yang panas.
10) Sakit pada bahagian sendi-sendi.
Apabila kita merasa tanda-tanda berikut, janganlah mengambil ringan sahaja tetapi mulalah mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan kesihatan kita terjaga. Baca CARA BERKESAN BUANG ANGIN DALAM BADAN untuk dapatkan petua buang angin dalam badan dengan cara yang lebih berkesan.
Sumber rujukan:
wahhh mood xmenentu pun sbb angin pula 😱
ReplyDeleteBahaya oo kalau badan berangin seja
ReplyDeleteSaya la tu selalu kembung perut 😅
ReplyDeleteTq info nya. Macam ada ciri-ciri saya di atas. Alamak
ReplyDeleteTq info 😍
ReplyDeleteTq info
ReplyDeleteTq info
ReplyDeleteNice info
ReplyDelete