Hello!
Tahukah anda bahawa makanan boleh menjadi salah satu punca mood anda berubah? Sebab itu, sesetengah orang yang mengalami stress cenderung untuk makan bermacam-macam jenis makanan untuk melepaskan tekanan mereka.
jadi entri Cikanna kali ni nak kongsi dengan anda mengenai makanan yang dapat memberikan keceriaan kepada mood anda.
1) COKLAT
Yup! Coklat tidak lari dari makanan yang sangat popular dan menjadi kegemaran ramai orang. Yala kan, siapa yang tak suka coklat ni yang rasanya manis-manis.
2) BERI
Strawberry, blueberry, beri hitam, wild berry, dan macam-macam jenis beri yang comel-comel ni sangat membantu untuk menjadikan mood anda lebih baik sebab ia mengandungi ancthocyanidin yang membantu untuk mengurangkan radang dalam badan serta mengurangkan kadar kemurungan.
3) AVOCADO
Yass! Ni buah kegemaran Cikanna. Kalau dimakan bersama susu pekat manis punya sedap! haha. Tapi apa yang best buah avocado@mentega ni kan ia sangat membantu untuk melawan keletihan dan meningkatkan tahap hormon.
4) PISANG
Patutla monyet ni aktif dan nampak ceria ja kan. Hahaha rupa-rupanya pisang ni boleh buat mood kita ceria pula. Lepas ni nak makan pisang banyak-banyakla. Hohoho Sebab pisang mengandungi vitamin B yang sangat tinggi!
5) KELAPA
Wow! Tak disangka buah kelapa juga boleh buat mood anda ceria. Air kelapa dikatakan mengandungi elektrolit yang meningkatkan mood manakala isi kepala tu bertindak sebagai pendorong mood yang baik.. Ya waktu cuaca panas sangat memang patutla minum air kelapa supaya sejuk ja hati di kala bahang matahari menyerang. cewah!
Demikianlah makanan yang mampu meningkatkan keceriaan mood anda! Cikanna harap entri kali ni banyak membantu anda.
Sumber rujukan:
i)http://www.jelita.com.my/gaya-hidup/9-makanan-yang-boleh-menceriakan-mood-anda/
ii)https://www.msn.com/id-id/kesehatan/health/10-jenis-makanan-yang-ampuh-membuat-hati-senang/ar-AAuNkdg
#cikannatips
#coretancikanna
Hebat ni info 😍
ReplyDeletewahhh good info 😍
ReplyDeleteEmmm sedapp sa nampak tu pisang. Feberet saya 😍
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCoklat periang hidup saya hehe
ReplyDeleteAdadadaa sedappp. Tapi saya susah mau makan coklat. Lepas ini mau try makan coklat 😉 thank you info
ReplyDeleteTq info 😍
ReplyDeleteBestnya
ReplyDelete