Kitaran haid yang tidak teratur dan lancar akan membuat mood orang perempuan ni tidak stabil. Selain itu, kitaran haid yang tidak teratur merupakan salah satu punca kesukaran untuk hamil juga.
Jadi di sini Cikanna mau kongsikan makanan yang sangat membantu untuk mengawal dan melancarkan kitaran haid.
1) PERIA
Ramai yang tidak suka makan peria ni sebab kepahitannya tapi inilah salah satu sayur yang banyak khasiat untuk kita orang perempuan ni.. Khasiat yang ada pada peria dapat melancarkan kitaran haid. Kandungan antioksidan dalam peria sangat banyak. Antioksidan yang banyak ini dapat mencegah cancer di dalam tubuh kita dan seterusnya dapat membantu membuang darah kotor dengan mudah.
2) BETIK
Betik merupakan sejenis buah-buahan yang sangat sedap dan bagus untuk pencernaan. Yang paling bagus lagi kan, buah betik ni juga sangat bagus untuk membantu di dalam melancarkan kitaran haid. Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur. (Sumber: http://www.diarikurus.com/ketahui-23-kebaikan-buah-betik-untuk-kesihatan/)
3) BROKOLI
Brokoli ni mengandungi pelbagai jenis nutrisi yang mampu untuk memberikan kesihatan yang baik kepada para wanita yang rajin makan ni sayur. Brokoli dapat mempertahankan kehamilan yang sihat. Selain itu, brokoli juga mengandungi antioksidan yang mampu mencegah kanser. (Sumber: https://bidanku.com/manfaat-brokoli-untuk-kkesehatan-wanita)
4) CUKA EPAL
Cuka epal atau nama Englishnya "Apple cider" merupakan salah satu makanan yang sangat bagus untuk lancarkan kitaran haid wanita. Salah satu fungsi dari Cuka epal adalah membantu mengurangi kadar insulin dan gula dalam darah serta mampu menyeimbangkan hormon. Peningkatan kadar insulin menjadi salah satu penyebab haid tidak teratur. (Sumber: https://luvizhea.com/makanan-untuk-melancarkan-haid-yang-tidak-teratur/)
5) DAUN SIRIH
Daun sirih ni memang terkenal dari dulu lagi dengan kehebatannya untuk membantu wanita di dalam kesihatan dalaman. Khasiat yang ada dalam daun sirih ini dapat membantu kitaran haid wanita berjalan dengan baik serta memudahkan pengeluaran ketulan darah selepas bersalin untuk membersihkan rahim.
Kalau kamurang tidak suka makan makanan yang Cikanna kongsikan untuk lancarkan kitaran haid, Cikanna syorkan lagi ni GLA Shaklee untuk bantu lancarkan kitaran haid. Kamurang boleh WHATSAPP Cikanna di Talian 014-5575465 untuk order GLA Shaklee ni.
Semoga entri kali ni bermanfaat bagi kamurang. Terima kasih kerna sudi membaca entri Cikanna..
wah tq tips membantu
ReplyDeleteWoww! 😍 Info baru lagi ,tq!
ReplyDeleteInfo yang lengkap. Thank you
ReplyDeleteWah sy baru tau sayur2 ni bantu lancarkan period..tq !
ReplyDeleteWauuu info baru ni! Tq share 😍
ReplyDeleteSaya pun baru tau oh. Tq infonya cik anna 😁
ReplyDeleteBaru tau.tq info
ReplyDeleteThanks info
ReplyDelete