Hello!
Hari ini entri Cikanna ada special sikit. Cikanna nak bagi tips dengan kaum Adam ni. Sebab Cikanna ada ramai kawan kaum Adam ni yang tengah mencari pasangan hidup.
Asyik asyik tanya Cikanna apa semua sikap lelaki yang perempuan suka. Jadi lepas ni kaum Adam tahu sudah apa sebenarnya ciri-ciri lelaki idaman kaum perempuan ni.
Ciri-ciri lelaki idaman setiap kaum perempuan:
1. BAIK HATI DAN PENYAYANG
Kaum perempuan ni sangat suka lelaki yang mempunyai hati yang baik. Lelaki yang panjang sabar ni selalunya perempuan anggap lelaki yang baik hati. Dan paling penting lelaki yang baik hati ini kaum perempuan anggap sebagai seorang yang penyayang. So kalau lelaki tu baik hati semua yang baik confirm ada sama tu lelaki! Betulkan ladies??
2. BERTANGGUNGJAWAB DAN RAJIN
Mungkin zaman sekarang banyak lelaki anggap kaum perempuan ini suka lelaki yang kaya macam tu. Tapi sebenarnya apa yang paling penting bagi kaum perempuan ni adalah lelaki yang dapat bertanggungjawab memberikan pasangannya nafkah hidup. Perempuan menganggap lelaki yang bertanggungjawab ni juga mampu untuk membimbing dan mendidik perempuan ke arah kebaikan. Dan paling penting lelaki tu kena rajin. Kalau tidak rajin, macam mana mau kasi hidup keluarga ow..huhuhu
3. JUJUR DISERTAI DENGAN SETIA
Kejujuran dan kesetiaan itu sangat penting! Macam dulu-dulu kisah Adam dan Hawa tu.. Dulu Adam cuma ada Hawa saja. Tapi Adam sekarang ni ada banyak Hawa pula. 😆 Kaum perempuan inginkan lelaki tu berterus terang saja selalu. Tidak kisah la kau mau pergi tandas ka, mau terjun bukit ka, mau mengurat perempuan lain ka yang penting jujur! Tapi disertai dengan kesetiaan. Kalau kes mau mengurat perempuan lain tu memang tidak setia suda kan. Jadi pandai2 la kamurang hidup sebagai lelaki yang jujur dan setia kalau mau jadi lelaki idaman kaum perempuan!
4. PENAMPILAN MENARIK!
Okayy, tipu la kalau kaum perempuan tidak pandang rupa kan. Sudah namanya manusia mestilah mau tengok fizikal dulu. Yup! Orang ini cenderung tengok apa yang di depan mata dan luaran. Jadi lelaki kena bagi imej yang positif! Penampilan kena kemas, bersih dan terurus. Kalau disebabkan kerja penampilan tidak kemas, yang penting selepas habis kerja, di depan mata kaum perempuan sudah, kena kena kemas dan bersih.
5. MEMPUNYAI KERJAYA
Memang perempuan akan pilih lelaki yang ada kerja bagus. Kenapa? Sebab gara-gara duit saja boleh buat rumahtangga hancur tau. Lelaki yang ada kerja akan membuat kaum perempuan rasa lebih selamat di masa akan datang dari segi kewangan. Yala, kalau tiada kerja pastu tiba-tiba ada masalah yang memerlukan duit untuk diselesaikan, apa macam??!!Jadi penting lelaki ada kerja. Yang pasti lelaki yang rajin bekerja dan tau menyimpan duit tu lelaki yang mempunyai masa depan yang bagus!
Demikianlah sharing dari Cikanna pasal ciri-ciri lelaki idaman kaum Hawa ni. Semoga bermanfaat bagi kaum Adam.
Sebenarnya banyak lagi ni ciri2 lelaki idaman wanita tapi Cikanna cuma share 5 ciri ini sahaja. Kalau mau tau lebih lagi, boleh bagi cadangan di ruangan komen ya...
Thanks for reading guys! Nanti Cikanna bagi sharing perkara lain yang lebih menarik lagi ya...
#coretancikanna
#cikannatips
Ciri² lelaki idaman ni
ReplyDeleteSetuju! 😍
ReplyDeleteSiapa nda mau kan kalau tejumpa sudah lelaki idaman 😍
ReplyDeleteIdaman saya yang pandai masak 😂
ReplyDeletesaya setuju ni 😍
ReplyDeleteSy setuju ini. Apa lagi kalau pandi masak 😝
ReplyDeleteAisehhhhh 😱😱😱
ReplyDeleteOmg.. ni siok mo baca.. 😍
ReplyDelete