Wednesday, January 31, 2018

TIPS JAGA KULIT MUKA CARA ORANG KOREA




https://i.pinimg.com/736x/38/e9/0d/38e90d5bc05e640cb9448656f7fd6a81--korean-hair-hair-oil.jpg


Bila tengok drama korea, macam timbul pula rasa jeles sikit2 tengok kulit muka orang korea ini halus dan putih bersih. Macam kuman pun boleh tergelincir kali kan lalu di muka orang korea ni. Hehehe

Persoalannya bagimana orang korea menjaga kulit muka dorang?

Hah, Cikanna nak kongsi tips sama kamurang. Ini cara2 nya orang korea jaga muka dorang tu..


https://i.ytimg.com/vi/j5wxPvBs6pE/maxresdefault.jpg

1. Bersihkan mekap dengan "makeup remover".

Ramai yang menganggap pembuka mekap ni tidak penting sangat. Cukup sekadar cuci muka dengan cleansing foam or gel sudah cukup. Pembuka or pencuci mekap ni penting sebab sesetengah bahan mekap yang kita taruh di muka kita ni susah sangat mau ditanggal. So, pembuka mekap ni penting untuk memastikan sisa mekap di bahagian kulit muka bersih sepenuhnya.



https://img.aws.livestrongcdn.com/ls-article-image-673/ds-photo/getty/article/64/140/467198363.jpg

2. Memakai pelembab kulit.

Kenapa muka orang korea ni nampak moist2 begitu? Hah! Sebabnya mereka sangat mementingkan kelembapan kulit mereka! Kulit yang lembab akan menghasilkan kulit yang glowing begitu.. Jadi penting untuk memilih moisturiser yang sesuai untuk kulit anda ya.



https://fthmb.tqn.com/ngP2mnBisWfm16ojY26Cj-SprIk=/2126x1414/filters:no_upscale():fill(87E3EF,1)/GettyImages-551706233-5696618d5f9b58eba49db2b4.jpg

3. Lebihkan makan makanan yang direbus berbanding digoreng.

Asal nampak ja drama korea ni, mesti ada makanan steamboat kan. Ya, orang korea ni lebih suka makanan yang direbus berbanding digoreng. Mereka sangat menjaga pemakanan mereka. Makanan yang direbus dapat mengekalkan nutrisi yang ada dalam makanan tersebut.
Jadi makanan yang direbus adalah pilihan terbaik untuk menjaga kulit dari dalam!


http://www.health24hours.com/wp-content/uploads/2014/02/Advantages-of-drinking-more-water.jpg

4. Minum air kosong sebanyak yang mungkin!

Untuk mengekalkan kelembapan kulit, badan kita memerlukan air yang banyak.  Selain itu, apabila badan kita mendapatkan air yang cukup maka senang la segala toksin keluar dari badan kita. Kulit pun akan jadi lembab sentiasa. Yang ada masalah kulit kering, kena rajin-rajin minum air kosong banyak ya..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOu3zLMGX0h5Kpg2cAk7_yM8nvUEaoBS0fSX0Z28wEMJ0Jvtf51o0ANRrWi0QFJ-R00J4yVm5Br27akbC61K_aWwEsPkGK9RffOGfb7nUEgfWo0VZb-QA54ngW0I-PMlYIF1GMI0lbOLc/s1600/Shaklee+Products.jpg

5. Ambil supplemen yang diperlukan oleh badan.

Entri Cikanna sebelum ni ada mengongsikan tentang vitamin yang terbaik untuk penjagaan kulit dari dalam. Ya, jangan fikir orang korea ni tidak rajin telan vitamin. Mereka sangat maju dari segi kesihatan diri mereka. Pengambilan supplemen merupakan salah satu cara mereka untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat dari dalam.


Demikian la tips Cikanna kongsikan. Semoga dengan tips ini dapat membantu kamurang untuk mendapatkan kulit sihat dan cantik macam orang Korea..


Thank you so much for reading!😊

#coretancikanna
#tipscikanna

8 comments:

  1. Wow! Kalau mau kulit cantik cara korea boleh try tips ni. 😍

    ReplyDelete
  2. Mau jadi mcm kulit org korea, perlu yry ni tip hehe. Tq tipsnya

    ReplyDelete
  3. Bulih jadi org korea sdh lps ni haha

    ReplyDelete
  4. sy pernah amalkan ni.. mmg berkesan 😍

    ReplyDelete
  5. Penting tu pakai makeup remover nda kesa pakai makeup ka nda kan

    ReplyDelete
  6. Pakai toner juga pn bagus utk selepas cci muka hhe

    ReplyDelete
  7. Bah Feeling² org korea lah saya lepas ini kan. 😍

    ReplyDelete
  8. Soon im gonna be a korean. Hahahhaha

    ReplyDelete