Wednesday, January 31, 2018

TIPS JAGA KULIT MUKA CARA ORANG KOREA




https://i.pinimg.com/736x/38/e9/0d/38e90d5bc05e640cb9448656f7fd6a81--korean-hair-hair-oil.jpg


Bila tengok drama korea, macam timbul pula rasa jeles sikit2 tengok kulit muka orang korea ini halus dan putih bersih. Macam kuman pun boleh tergelincir kali kan lalu di muka orang korea ni. Hehehe

Persoalannya bagimana orang korea menjaga kulit muka dorang?

Hah, Cikanna nak kongsi tips sama kamurang. Ini cara2 nya orang korea jaga muka dorang tu..


https://i.ytimg.com/vi/j5wxPvBs6pE/maxresdefault.jpg

1. Bersihkan mekap dengan "makeup remover".

Ramai yang menganggap pembuka mekap ni tidak penting sangat. Cukup sekadar cuci muka dengan cleansing foam or gel sudah cukup. Pembuka or pencuci mekap ni penting sebab sesetengah bahan mekap yang kita taruh di muka kita ni susah sangat mau ditanggal. So, pembuka mekap ni penting untuk memastikan sisa mekap di bahagian kulit muka bersih sepenuhnya.



https://img.aws.livestrongcdn.com/ls-article-image-673/ds-photo/getty/article/64/140/467198363.jpg

2. Memakai pelembab kulit.

Kenapa muka orang korea ni nampak moist2 begitu? Hah! Sebabnya mereka sangat mementingkan kelembapan kulit mereka! Kulit yang lembab akan menghasilkan kulit yang glowing begitu.. Jadi penting untuk memilih moisturiser yang sesuai untuk kulit anda ya.



https://fthmb.tqn.com/ngP2mnBisWfm16ojY26Cj-SprIk=/2126x1414/filters:no_upscale():fill(87E3EF,1)/GettyImages-551706233-5696618d5f9b58eba49db2b4.jpg

3. Lebihkan makan makanan yang direbus berbanding digoreng.

Asal nampak ja drama korea ni, mesti ada makanan steamboat kan. Ya, orang korea ni lebih suka makanan yang direbus berbanding digoreng. Mereka sangat menjaga pemakanan mereka. Makanan yang direbus dapat mengekalkan nutrisi yang ada dalam makanan tersebut.
Jadi makanan yang direbus adalah pilihan terbaik untuk menjaga kulit dari dalam!


http://www.health24hours.com/wp-content/uploads/2014/02/Advantages-of-drinking-more-water.jpg

4. Minum air kosong sebanyak yang mungkin!

Untuk mengekalkan kelembapan kulit, badan kita memerlukan air yang banyak.  Selain itu, apabila badan kita mendapatkan air yang cukup maka senang la segala toksin keluar dari badan kita. Kulit pun akan jadi lembab sentiasa. Yang ada masalah kulit kering, kena rajin-rajin minum air kosong banyak ya..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOu3zLMGX0h5Kpg2cAk7_yM8nvUEaoBS0fSX0Z28wEMJ0Jvtf51o0ANRrWi0QFJ-R00J4yVm5Br27akbC61K_aWwEsPkGK9RffOGfb7nUEgfWo0VZb-QA54ngW0I-PMlYIF1GMI0lbOLc/s1600/Shaklee+Products.jpg

5. Ambil supplemen yang diperlukan oleh badan.

Entri Cikanna sebelum ni ada mengongsikan tentang vitamin yang terbaik untuk penjagaan kulit dari dalam. Ya, jangan fikir orang korea ni tidak rajin telan vitamin. Mereka sangat maju dari segi kesihatan diri mereka. Pengambilan supplemen merupakan salah satu cara mereka untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat dari dalam.


Demikian la tips Cikanna kongsikan. Semoga dengan tips ini dapat membantu kamurang untuk mendapatkan kulit sihat dan cantik macam orang Korea..


Thank you so much for reading!😊

#coretancikanna
#tipscikanna

Monday, January 29, 2018

KEPENTINGAN VITAMIN C SHAKLEE UNTUK KULIT CANTIK

http://www.shaklee.com.my/img/products/vita-c-plus.png 

Kulit memberi pengaruh  yang sangat besar terhadap kita! Setiap orang yang memiliki kulit cantik akan berasa lebih yakin dan gembira. Bagaimana pula dengan individu yang mempunyai masalah kulit? Pastinya akan merasa rendah diri dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang sekeliling mereka.

Jadi untuk anda yang mengalami masalah kulit, entri ini dibuat khas untuk anda untuk mendapatkan kulit yang cantik dan itu semua kena bermula dari dalam badan kita.

Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, kita memerlukan pelbagai jenis vitamin untuk kulit kita.

Salah satu vitamin yang kita perlukan untuk kulit kita adalah vitamin C. 

Berikut merupakan kepentingan Vitamin C Shaklee untuk kulit cantik:
1. Menghasilkan kolagen.
Vitamin C shaklee mampu mengalakkan pembentukan kolagan di dalam badan badan kita. Kolagen ini merupakan sebahagian daripada otot, tisu, gusi dan tulang kita. Jadi apabila kita mendapatkan vitamin c yang secukupnya, kolagen dalam badan kita dapat dijaga dengan baik dan seterusnya dapat melambatkan penuaan yang menyebabkan kedutan kulit dan otot menjadi lembik. Jadi vitamin C penting untuk menghasilkan kolagen untuk kulit cantik dan sihat!


http://www.raikankasih.com/wp-content/uploads/2014/10/VItamin-2BCkuasa.jpg

 2. Menghaluskan kulit.
Tahukah anda bahawa kulit kering dan kasar terjadi disebabkan kekurangan vitamin c dalam badan? Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin c. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg vitamin c setiap hari untuk kekalkan kulit cantik dan sihat. Kajian dari Dr. James Scale menunjukkan pengambilan 5000mg(10tablets) vitamin c Shaklee adalah selamat untuk badan kita! Jadi jangan risau mengamalkan vitamin C shaklee ya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSE3NwWsRVY-owpK7AEwQX8OIsoBdRlvlVkaDKMDgnGOZPPqvwnnjyJ-NRzs1X39mThUvyYDq_T1MbVkCmlpXZlXacW8ySCeGV3c2_sQPvqPUy-OISLz7ofrfnzXYcBGlhFiQpLO-MAFM/s1600/vit+c.jpg


3. Melindungi kulit daripada sinaran uv merbahya dari dalam.
Vitamin C shaklee apabila ditelan mampu untuk bertahan di dalam plasma darah kita selama 24jam. Ini bererti vitamin C shaklee mampu melegakan kulit dari inflamasi, menentang bakteria pada kulit serta melawan radikal bebas. Pengambilan Vitamin C shaklee setiap hari mampu menghalang kulit daripada sunburn seterusnya menjadikan kulit lebih cerah dan sihat! Pengambilan Vitamin C setiap hari juga mampu menyekatkan pembentukkan pigmentasi dan melambatkan penuaan. Hebat sunggu vitamin C Shaklee ni!

Jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat, cerah dan cantik, anda perlukan vitamin c yang cukup untuk badan anda. Untuk pengetahuan anda juga, vitamin c bukan setakat untuk mencantikkan kulit kita bahkan dapat meningkatkan imun sistem kita.

Jadi kepada anda yang ingin mendapatkan vitamin C Shaklee, anda boleh menghubungi saya di talian 014-5575465 untuk dapatkan harga yang jauh lebih rendah dengan postage percuma!

Atau anda boleh klik link di bawah ini untuk pembelian terus secara online. Selepas anda membuat pembayaran, saya akan membimbing anda untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat dengan vitamin C Shaklee!



https://api.whatsapp.com/send?phone=60145575465

Friday, January 26, 2018

Kulit yang cantik merupakan asset yang penting bagi setiap insan. Tak kira lelaki atau perempuan, semua pun inginkan kulit yang cantik, sihat dan putih gebu..

Apa lagi kalau orang perempuan ni hah pantang kalau kulitnya ada masalah. Mesti self-esteem tu jatuh sampai tiada mood mau keluar rumah.

Jadi di sini Cikanna mau share dengan kamurang rahsia kulit putih melepak dan gebu gituu.. Agar kamurang boleh jalan-jalan di tamu dengan gaya yang mantap.  Aha! Confident begituuu..  

OKayyy.. Sini Cikanna mau share beberapa petua untuk dapatkan kulit cantik secara semulajadi ya. Semulajadi yang Cikanna maksudkan ni penjagaan kulit yang bermula dari dalaman tubuh kamurang.

Kenapa perlu jaga kulit bermula dari dalam badan?? Aha! Sebabnya sel kulit semua di dalam badan ya bukan di luar badan. Jadi kalau mau kulit cantik perlu ada sel kulit baru setiap hari.. Begituuu..

Jadi tak kisah la apa produk kecantikan yang kamurang pakai tu tapi kalau dari dalam badan sudah banyak segala toksin dan kuman membina sejarah dan tamadun tuu tetap geng jerawat berkuasa di kulit kalau tiada penjagaan dari dalam badan kamurang.. sadis betul tau geng jerawat ni!




PETUA JAGA KULIT DARI DALAM

1) Ambil Vitamin C Secukupnya!

Kamurang tau ka yang Vitamin C ni penting betuuulll untuk lawan kanser? Tau kan.

Vitamin C ni bertindak sebagai antioksidan dan mampu mengatur produktiviti kolagen dalam badan kamurang supaya kulit kamurang tu terjaga dan sihat. Sebab itulah kan banyak betul produk kecantikkan yang berasaskan Vitamin C sebagai bahan utama dalam tu produk terutama produk anti-aging tu.

Menurut tu pengkaji dari University of Michigan, Mark Moyad, orang dewasa memerlukan sekitar 1000mg Vitamin C setiap hari. WOW! Dari mana mau dapat tu??

Jangan kamurang risau, Vitamin C boleh diperolehi daripada makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi kandungan Vitamin C macam tu lemon atau mangga.

Tapi kalau yang malas makan sayur dan buah tu, ambil la kamurang supplemen yang selamat dan terjamin kualitinya. Dan paling penting diperbuat dari bahan organic ya. Macam Vitamin C Shaklee tu.. Telan dua biji ja suda cukup!

2) Ambil Vitamin E yang terbaik!

Banyak sangat Vitamin E di pasaran ni kan. Kalau kamu sanggup makan kekacang banyak banyak tu no hal yang penting vitamin E cukup dalam badan.

Tapi kalau malas mau makan kekacang semua kamurang kena la bijak pilih supplemen yang mengandungi vitamin E terbaik ya.

Sebab badan kita ni sangat perlu Vitamin E ni untuk melindungi kulit dari radikal bebas seperti asap rokok dan sinaran ultraviolet.

Oleh kerana Vitamin E ni mampu serap tu sinaran uv yang merbahaya, jadi tu pembentukan tompok tompok hitam atau kamurang panggil tu jeragat la, pigmentasi la dapat dicegah.

Siapa yang rajin ambil vitamin E ni comfirm Nampak muda selalu sebab Vitamin E ni halang pembentukan kedutan kulit juga.

Kepada kamurang yang mempunyai kulit kering macam itu kulit ayam( jangan marah..hehehe ), vitamin E dapat kasi tingkatkan zat minyak yang dikeluarkan oleh pori-pori kulit kamurang agar kulit lembab dan feeling glowing macam tuu..

Cikanna kasi syor sama kamurang ambil Vitamin E Shaklee sebab diperbuat dari bahan semulajadi. Cikanna ni hanya yakin sama produk yang lama suda wujud di dunia ni. Hohoho


3) Jangan lupa Protein untuk pertumbuhan sel kulit baru!

Kenapa perlu protein untuk dapatkan kulit sihat dan cantik?

Hmm.. Kamurang tau ka yang setiap hari ni kan kulit kita perlu bertukar? Macam ular kan ada masa masa perlu tukar kulit. Lepas ja ular tu tukar kulit, fulamaaaakkk bersinar-sinar kulit ba tu ular kan.

Ya! Begitula ni manusia juga. Perlu tukar kulit baru setiap hari. Sebab tu protein ni penting untuk mengalakkan pertumbuhan sel sel kulit baru.

Kalau badan kamurang cukup protein, tu jerawat semua banyak sinang mau sembuh lorh.. Kulit kalau cukup protein comfirm putih gebu-gebu macam Snow White.

Jadi makan la ikan, daging, telur, kacang soya banyak banyak ya supaya cukup protein dalam badan.

Kalau malas mau makan banyak banyak semua tu sebab takut gemuk, Cikanna syorkan ambil la ESP Shaklee sebab tinggi kandungan protein dan dikaji beribu kali suda keberkesanan tu oleh para sainstis.
XL

4) Detoks tu paling penting!

Sebelum kamu ambil apa apa supplemen atau produk kecantikkan untuk kulit semua tu, adalah lebih bagus kamurang detoks dulu badan kamurang.

Kenapa??

Sebabnya toksin suda bosan duduk dalam badan kamurang terlampau lama!

Dari mana datangnya tu toksin??

Dari pemakanan yang tidak sihat macam banyak makan tu makanan berminyak/instant (faham fahamkan diri apa semua yang x bagus kamurang makan tu arh). Banyak minum minuman yang bergas juga mampu membuat toksin beranak pinak dalam badan ya.

Jadi memang penting betul la ni detoks! Macam mana mau detoks? Makan makanan seimbang dan sihat, minum banyak banyak tu air sekurang kurangnya 3 liter air, pastu bersenam la di padang ka di gym ka di rumah ka yang penting ada exercise, dan tidur cukup2 ya.

Oya! Jangan lupa ambil supplemen juga sebab tidak semestinya makan sayur banyak banyak cukup suda semua vitamin dalam badan.

Begitu la semua petua yang Cikanna mampu share kan sama kamurang ya.

Kalau ada yang kamu tidak betul puas hati time membaca ni, maafkan Cikanna tapi Cikanna harap Cikanna dapat membantu kamurang dengan sharing Cikanna ni.

Lain kali lagi la Cikanna kasi sharing kamu pasal mau jaga kecantikan ni. Cikanna doakan setiap yang membaca blog Cikanna ni mendapatkan kulit yang diidamkan.. AMINNNN…

Oya! Tadi Cikanna balik balik mention pasal vitamin Shaklee ni kan.. hehe

Sebenarnya Cikanna ni pengedar Sah Shaklee.. Jadi kalau kamurang berminat mau order vitamin Shaklee tu, contact saja Cikanna di talian 014-5575465..

Cikanna bagi harga kasih sayang untuk kamurang! Jangan malu malu ya, nanti tak dapat kulit cantik tau kalau malu.. Cikanna bagi free konsultasi lagi. Just for sayang sayang Cikanna.

Okay,, sampai ketemu lagi semua.




 

 #coretancikanna
#beautywithhealth