BAHAN KIMIA YANG TERDAPAT DALAM PRODUK KECANTIKKAN YANG MEMUDARATKAN KULIT
Ramai individu yang terjebak dengan pelbagai produk kecantikkan yang menjanjikan kecantikkan pada kulit dengan masa yang singkat. Produk yang mengandungi bahan kimia yang terlarang ini biasanya produk yang laku keras di pasaran dengan harga yang lebih murah.
Penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia yang terlarang ini secara berterusan akan menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan individu seseorang. Hal ini kerana bahan kimia yang terdapat dalam produk yang terlarang dapat menggalakkan keaktifan sel-sel kanser untuk bertumbuh dengan cepat.
Oleh itu, berikut merupakan senarai bahan kimia yang terdapat dalam kebanyakkan produk kecantikkan yang dapat merosakkan kulit serta memudaratkan kesihatan.
1) MIDAZOLIDINYL UREA AND DIAZOLIDINYL UREA
Bahan ini merupakan bahan pengawet mayat selepas parabens. Bahan ini juga banyak terdapat dalam kebanyakkan produk kecantikkan. Penggunaan yang berterusan akan memberi kesan keradangan dan iritasi pada kulit, ruam, dan pengeluaran air mata.
2)METHYL AND PROPYL AND BUTYL AND ETHYL PARABEN
Bahan ini banyak digunakan dalam produk kecantikkan untuk mencegah pertumbuhan bakteria bagi melanjutkan tempoh penggunaan produk. Bahan ini memberikan kesan alahan dan ruam pada kulit jika digunakan dengan jangka masa panjang disertai dengan kuantiti yang berlebihan.
3)PETROLATUM
Bahan ini juga tidak asing dalam kebanyakkan produk kecantikkan. Bahan ini merbahaya untuk digunakan dalam jangka panjang kerana ia berasal dari minyak bumi atau petrol.
4) PROPYLENE GLYCOL
Bahan ini diperbuat dari gliserin sayur-sayuran yang dicampur dengan alcohol. Bahan ini banyak terdapat dalam kebanyakkan produk pencuci muka. Penggunaan bahan ini secara berterusan boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang.
5) TRIETHANOLAMINE
Bahan ini banyak digunakan sebagai penetap PH dan sebagai asas kepada kebanyakkan produk pencuci. Penggunaan produk ini boleh menyebabkan alahan terutama bahagian mata.
6) SYNTHETIC FRAGRANCES
Bahan ini banyak digunakan pada kebanyakkan produk wangian. Bahan ini menyebabkan pengguna mengalami sakit kepala, mual, iritasi, alahan, pigmentasi, batuk dan macam-macam lagi kesan sampingan yang negatif.
7) SYNTHETIC COLORS
Bahan ini merupakan bahan merbahaya yang menjadi punca penyebab kanser. Produk yang mengandungi bahan ini TIDAK BOLEH digunakan sama sekali.
Jika anda ingin mencari produk kecantikkan, pastikan anda membaca label pada produk tersebut untuk meneliti bahan-bahan yang terdapat pada produk tersebut. Pilihan semua ada di tangan anda untuk menentukan produk yang terbaik bagi anda dalam jangka masa yang panjang.